Isnin, 27 Mei 2013

Jangan MENGALAH....wake UP!!

Assalammualaikum.Alhamdulillah kita masih disini.Okey hidup bukan untuk kita main-main.Apa pun yang kita buat kena sungguh-sungguh.Sebab kalau kita main-main kompem tak kemana.Jadi konsep untuk berjaya adalah tawakal , usaha dan doa.Apa-apa pun yang kita buat mulakan dengan tawakal dulu.Sebab apa yang Allah bagi kat kita adalah yang terbaik.Selagi kita berusaha itu memang tak ada masalah.Jadi jangan ada perkataan MENGALAH dalam kamus hidup kita ni.Hanya bangkit semula bila jatuh.
 
 
 
Hendak memulihkan kesihatan kepada yang lebih baik banyak cabarannya apatah lagi nak kekalkannya.Jadi cabaran utama yang biasanya dialami oleh insan-insan yang amek HERBALIFE ataupun sesiapa yang memulakan gaya hidup sihat adalah ISTIQAMAH ataupun konsisten.Susahkan hari ini rasa semangat gila esok longlai lusa semangat balik.Tapi!! Jangan risau selagi anda ada semangat untuk mula semula anda masih OKAY.Cuma kalau anda ambil keputusan untuk STOP.Too BAD for you.Sebab sekali kita melangkah ke arah yang lebih baik jangan nak toleh-toleh belakang dah.Nanti diri sendiri yang menyesal.
 
 
 
Mungkin ada satu hari tu kita rasa malas gila lah nak minum SHAKE ataupun termakan banyak plak.Adei.Tak pa jangan putus asa.Mula balik.Tanamkan dalam hati yang lebih banyak kebaikan akan menanti nanti.Kalau boleh kurangkan kesilapan hari demi hari dan terus konsisten.Ahhhaaa insyaAllah kalau kita terus usaha kejayaan itu akan datang.Dengan syarat baiki diri hari demi hari itu sangat penting
 
 
TIPS untuk BANGKIT dan ISTIQAMAH
 
Andai terasa down.Bukak balik blog-blog HERBALIFE atau kesihatan untuk baca fakta-fakta amazing.Paling berkesan tengok balik TESTIMONI orang yang dah sukses.Kompem semangat tu akan BOOSTER balik.
 
Fikirkan wang yang telah anda laburkan.Jadi jangan bazirkan.Nanti kalau kesihatan tak elok kena keluar masuk hospital.Lagi banyak duit keluar.
 
Manfaat badan cergas.Dapat ibadah dengan mudah.Nak solat pun rasa ringan badan.
 
Bila badan dah fit nanti bolehlah buat aktiviti yang kita tak boleh buat masa badan tengah comel.Contohnya sukan-sukan yang ekstrem.
 
Bayangkan nanti boleh pakai pakaian idaman anda.As long ia menutup aurat serta tak berlebihan.Dan paling penting tak susah dah nak cari size.Mungkin dulu seluar pun kena tempah.Tapi bila dah fit boleh beli terus.Jimat kos.
 
Cari video-video senaman yang bagi semangat.Dan buat dengan konsisten.
 
Cari sumber inspirasi macam ahli sukan yang fit ke.
 
Tetapkan targe.Buat buku catatan untuk track aktiviti anda.
 
Jadi jangan biarkan seribu satu alasan mengongkong anda.Sampai bila nbak berada pada tahap lama.Bangunlah.Hidup ini perlu diwarna-warnikan dengan cabaran dan impian.Baru menarik.Banyak kebaikan jangka masa panjang akan menanti.Haa lagi satu kalau nak lagi semangat buatlah blog untuk encourage orang lain.Nanti secara automatik kita pon semangat sekali.Macam apa yang saya tengah buat sekarang.
 
Akhir kata jangan GIVE UP.Bangun bangun !!! Kalau orang lain boleh kita pasti boleh. :D
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan