Khamis, 16 Mei 2013

Chenab nak sihat :D

Assalammualaikum.Blog ini adalah coretan perjalanan saya dalam meniti hidup yang lebih sihat.Yup saya seorang yang mengalami berat badan berlebihan.Dan benda ni dah start sejak saya darjah-darjah dulu lagi.Sampai laa dah habis sekolah.Yippie.Hemm Alhamdulillah saya jarang dibahan-bahan oleh kawan-kawan.Mungkin sebab masa sekolah rendah depa takut dengan ayah saya seorang cikgu yang garang walaupun ayah saya tak pernah laa ambik port pasai saya kat sekolah tu.Mungkinlah.Kat sekolah menengah tak jadi kes tu.Mak abah saya pon tak pernah nak kata-kata saya ni bambam ke apa ke.Maybe sebab itulah saya tak rasa rendah diri sangat masa tu.Terima kasih buat semua.Cuma ye lahh bila balik kampung mana laa nak boleh senyapkan mulut yang berbicara.Dah pulak lama tak jumpa.Macam-macam laa mak sedar mula kata.Biar laa kesah plakk.
 
MACAM MANA SAYA BOLEH GEMUKS NI??
 
 
 
Oke saya nak story macam mana lah boleh jadi bambam ni.Pertama sekali sejak saya kecil saya adalah pencinta makan.Walaupun masih darjah-darjah saya makan banyak sangat.Sampaikan kadang-kadang parents saya risau.Dan mak saya kadang-kadang membeliakkan mata tapi cuma seketika.Dah tu pulak saya ni dah macam anak tunggal kat rumah sebab abang masuk hostel.Dah tu tetiap minggu kalau keluar mesti KFC ataupun MEKDI yang menjadi kesukaan.Maka tumbesaran saya amatlah luar biasa bagi yang masih darjah-darjah.Tumbesaran menjadi montel.MUAHAHAHHA.Kat sekolah pulak selalu balik lambat ye lahh mak cikgu kadang-kadang ada mesyuarat.Jadi kami anak-anak cikgu ni berpeleseran disekeliling sekolah menerjah jajan yang dijual.Paling best ada pakcik jual kentang yang kaya dengan sodium dan pak aji naik moto yang lazat menjilat jari.Kadang-kadang dua bungkus saya redah.SEDAP.Tak tambah lagi sosej,wantan,nugget,aiskrim,keropok macam-macam lagi la.Maka di saat kawan-kawan masih memakai baju KIKO mahupun KIKI LALA saya dah kena cari baju orang dewasa saiz L lagi kadang-kadang XL.
 
 
 
Tpi setelah melangkah ke sekolah menengah saya berjaya masuk ke sebuah asrama penuh yang tak berapa penuh.Hahaha awal-awal tu ye lah orentasi laa katakan berat saya turun mendadak.Ditambah ekstrak tak lalu makan ditambah dengan petang-petang wajib riadah maka semua orang terkezut dengan extreme make over saya.Di sekolah saya yang unik itu tiga bulan sebelum hari sukanb bermula latihan dah giat dijalankan bagaikan peserta olimpik.Semua pun wajib.Mana tak kurus.Tiga bulan tu keje lari dan kawad.Dah laa junior lagi maka banyak laa operasi yang kena buat.Haaa sapa yang duduk hostel paham laa kot.Masa tu hati berbunga-bunga dah boleh pakai baju slim-slim.Muahahaha.Tapi sayang saya hanya mampu bertahan sehingga saya form 3.Setelah melangkah ke alam senior bermulalah era gemuk sebenar saya.Era yang merimaskan.Ye la dah jadi senior secara tak lansung tahap kemalasan sampai ke tahap maksimum.Banyak tugas yang renek-renek tu adek2 yang buat(kat hostel memang mcm ni).Dah boleh pakai mesin basuh dah jarang dah zaman menyental-nyental baju.HEAVEN.Petang-petang tak turun riadah.Dah hepi dengan makanan DEWAN MAKAN.Stress belajar rasa nak makan je tambah waktu rehat nasi menggunung lauk melimpah.
 
ME
 
 
Gaya hidup yang tak bergaya tu saya teruskan sampailah masuk ASASI dekat PALAM.Hahaha kat situ lagilah nak order apa semua pon ada.Tambah pulak bebas mahu kemana-mana.Nak makan apa MEKDI,KEPCI,CARLS JR,PIZZA,TGI,KENNY ROGERS,BIG APPLE,KRISPY CREME,AUNTIE ANNE?? Semua ada.Dah laa suka keluar makan maka berat aku pon berbondon-bondon naik.Dah kalah makcik JOYAH.ehh.Malah saya sudah menerima kenyataan yang saya bambam dan merasa istimewa.kreekk krekk.Saya tak sedar mungkin lemak-lemak comel ini bakal menjadi penyumbang wabak-wabak comel juga. 0___0
 
 
 
 
 
KONKLUSI
 
Okay secara kesimpulannya saya gemok hanya disebabkan GAYA HIDUP.Yaaa life style.Gaya yang sangat tidak bergaya lantas mengundang bahaya.Itulah dia puncanya.Makan ikut sedap rasa.Eksesais sekali tak kala.Diulit dengan makanan yang lazat.Maka OBESITI yang terjadi.Jadi hanya disebabkan gaya hidup ia membawa impak yang dahsyat. 0__________________________0
 
BILA MULA INSAF??
 
Saya ni kalau makan main telan jee.Kunyahnya sikit masuknya banyak.Saya mula rasa pedih ulu hati selalu cirit.Cepat penat lesu dan tak bersemangat.Saya mula menGUGEL segala simptom ini.Yaaa lebihan berat badan yang menyebabkan saya jadi begini.Saya mula memeikirkan konsikuen kalau saya meneruskan cara makan saya mungkin berat saya akan berganda-ganda.Tak sihat susah nak kerja dan susah nak beribadah.Saya mula insaf sedetik.Memikirkan keburukan makanan segera yang hanya akan memakan diri saya semula.Dan dikala itu ada rakan-rakan yang mengenalkan HERBALIFE.Dan mulai detik itulah bermulanya keazaman saya untuk menjadi lebih sihat.Alhamdulillah dengan HERBALIFE perjalanan saya menjadi semakin mudah.Saya tak perlu fikir nak dapat darimana makanan berkhasiat sebab HERBALIFE dah ada semua.Saya hanya perlu jaga makan,senaman dan air secukupnya.Saya bertekad yang saya mahu berubah walaupun sedikit tapi masih belum terlambat.
 
 
 
 
 
MOTIPPP
 
Saya bukan lah mahu berdiet.TETAPI saya mahu mengubah cara hidup saya.Ternyata saya tahu DIET melampau itu tidak akan membawa hasil yang baik.Maka yang penting adalah gaya hidup sihat.Saya bukanlah mahu badan yang kurus menawan tetapi saya mendambakan KESIHATAN yang unggul agal saya dapat menjadi lebi produktif.Dan segala kekurusan itu adalah BONUS :D
 
 
 
Jadi sekarang saya masih dalam fasa berusaha.Saya berharap ALLAH akan mempermudahkan usaha saya.Moga-moga lebih ramai akan sedar akan kepentingan kesihatan.Insya Allah :D
 
 

1 ulasan: