Sabtu, 25 Mei 2013

EAT CLEAN (makan secara sihat)

Assalammualaikum.Semoga para pembaca semuanya sihat-sihat belaka.Amin.Jom renung-renung balik apa yang kita dah makan hari ni?Cukup tak atau terlebih cukup.Haaa selain muhasabah pada apa kebaikan dan keburukan kita buat,muhasabah apa yang kita makan pun penting tau.Sebab analoginya kalau badan kita tak sihat nanti nak buat apa pun susah.Kita dah diberi amanah untuk menjaga kesihatan badan kita.Jadi kena lah buat betul-betul.Nanti bila nak pulangkan pun dalam keadaan suci dalam dan luar.InsyaAllah.

Okelah berkenaan tajuk artikel kali ni iaitu EAT CLEAN.Atau kalau kita terjemah balik makan secara sihat.Sekarang ni ramai orang nak kurus.Disebabkan gaya hidup yang metropolitan ini ramai yang menternak lemak dengan giatnya dan menghasilkan obesiti.Termasuklah saya.Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar penghidap obesiti yang tinggi.Apa nak buat makanan kat sini semuanya rock rock belake.Tapi semua itu di tangan kita.Kita yang pilih apa kita nak makan.Kita adalah apa yang kita makan.
 
 
 
 
 
Kesedaran untuk kuruskan badan itu bagus.Tapi apa yang tak bagusnya adalah nak sangat jalan singkat.Memanglah tak ada.Bukan sembarangan ubat yang kita boleh ambil.Mungkin sesetengah ubat tu berkesan.Berkesan buat kita berak banyak-banyak.Apa yang hilang air aje lah.Lepas berapa ketika kembali seperti asal lagi teruk sistem pencernaan kita akan terjejas.Jadi apa yang penting sebelum kita memulakan sesuatu ialah ILMU.Sangat penting.Kita perlu buat rujukan dari sumber yang solid sebelum memulakan sesuatu.Jadi bagi saya pinggirkan dahulu niat anda untuk kurus tu.Tapi utamakanlah GAYA HIDUP SIHAT.Kerana kalau kita amalkan HEALTHY LIFE STYLE ni segala KURUS , CERGAS , BERGAYA itu akan datang sebagai bonus.PERCAYALAH.

Kita dapat tenaga melalui makanan.Jadi makanan adalah sangat penting.Jadi untuk sihat makanan mesti sihat jugak.So inilah yang dinamakan EAT CLEAN.Macam mana nak buat? Sangat simple.Boleh google saja cara-cara dia.Sebenarnya makan secara sihat ni lebih sedap dan berbaloi.Kalau makan benda tak sihat akan timbulkan rasa bersalah dan berat pon naik.Tak salah kalau sekali sekala nak makan.Cuma kuantiti nya kenalah kontrol.Buat apa nak makan banyak-banyak rasa dia sama aja.Jadi apa yang boleh anda muat nikmatilah makanan anda dengan deria rasa yang dikurniakan.Jangan main telan aje.InsyaAllah dengan cara ini kita akan kurang makan dan bersyukur dengan apa yang ada.

KAT SINI SAYA SENARAIKAN CARA NAK EAT CLEAN
 
Makan hidangan yang berwarna warni
 
Minum banyak air (25kg berat = 1 liter air putih)
 
Lebihkan sayur-sayuran (Elakkan yang digoreng)
 
Makan buah-buahan (Ambil sebelum makan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum)
 
Makan protein yang sihat (Dengan kadar yang sesuai)
 
Makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang
 
Kalau ikut sunnah NABI penuhi perut dengan 3 bahagian.1/3=air 1/3=makanan 1/3=udara
 
Kunyah makanan sampai betul-betul lumat
 
Makan jangan laju-laju
 
Lepas makan jalan-jalan sikit (bantu penghadaman)
 
Kurangkan pengambilan makanan pada waktu malam
 
 



Kalau nak tahu lebih boleh saja gugel hehe.Sebenarnya konsep dia mudah sahaja.Makin banyak kita makan makin banyak kerja yang kita kena buat.Kalau makan banyak aktiviti dia sikit segala kalori yang lebih di akan di deposit jadi lemak lah.Jadi kalau anda aktif makanlah dengan kadar yang sesuai.Anda boleh rujuk kadar kalori tiap-tiap makanan.Terdapat juga panduan bagaimana mahu menggunakan kalori yang ada berdasarkan aktiviti dan masa.Jadi tak susah sebenarnya nak EAT CLEAN ni.Antara mahu dan tak mahu sahaja.
 
 
 
Jom lah sama-sama kita EAT CLEAN.Selain dapat improve kesihatan kita juga dapat meningkatkan produktiviti kita nanti.Jangan lupa bersenam.Sebab senaman itu adalah pelengkap gaya hidup sihat.Mulakan dan jangan tunggu-tunggu.Menurut kajian kalau kita amalkan sesuatu selama 30 hari berturut-turut insyaAllah ia akan terus menjadi gaya hidup kita.Jadi kesabaran dan kesungguhan itu amat penting. :)
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan