Isnin, 27 Mei 2013

Jangan MENGALAH....wake UP!!

Assalammualaikum.Alhamdulillah kita masih disini.Okey hidup bukan untuk kita main-main.Apa pun yang kita buat kena sungguh-sungguh.Sebab kalau kita main-main kompem tak kemana.Jadi konsep untuk berjaya adalah tawakal , usaha dan doa.Apa-apa pun yang kita buat mulakan dengan tawakal dulu.Sebab apa yang Allah bagi kat kita adalah yang terbaik.Selagi kita berusaha itu memang tak ada masalah.Jadi jangan ada perkataan MENGALAH dalam kamus hidup kita ni.Hanya bangkit semula bila jatuh.
 
 
 
Hendak memulihkan kesihatan kepada yang lebih baik banyak cabarannya apatah lagi nak kekalkannya.Jadi cabaran utama yang biasanya dialami oleh insan-insan yang amek HERBALIFE ataupun sesiapa yang memulakan gaya hidup sihat adalah ISTIQAMAH ataupun konsisten.Susahkan hari ini rasa semangat gila esok longlai lusa semangat balik.Tapi!! Jangan risau selagi anda ada semangat untuk mula semula anda masih OKAY.Cuma kalau anda ambil keputusan untuk STOP.Too BAD for you.Sebab sekali kita melangkah ke arah yang lebih baik jangan nak toleh-toleh belakang dah.Nanti diri sendiri yang menyesal.
 
 
 
Mungkin ada satu hari tu kita rasa malas gila lah nak minum SHAKE ataupun termakan banyak plak.Adei.Tak pa jangan putus asa.Mula balik.Tanamkan dalam hati yang lebih banyak kebaikan akan menanti nanti.Kalau boleh kurangkan kesilapan hari demi hari dan terus konsisten.Ahhhaaa insyaAllah kalau kita terus usaha kejayaan itu akan datang.Dengan syarat baiki diri hari demi hari itu sangat penting
 
 
TIPS untuk BANGKIT dan ISTIQAMAH
 
Andai terasa down.Bukak balik blog-blog HERBALIFE atau kesihatan untuk baca fakta-fakta amazing.Paling berkesan tengok balik TESTIMONI orang yang dah sukses.Kompem semangat tu akan BOOSTER balik.
 
Fikirkan wang yang telah anda laburkan.Jadi jangan bazirkan.Nanti kalau kesihatan tak elok kena keluar masuk hospital.Lagi banyak duit keluar.
 
Manfaat badan cergas.Dapat ibadah dengan mudah.Nak solat pun rasa ringan badan.
 
Bila badan dah fit nanti bolehlah buat aktiviti yang kita tak boleh buat masa badan tengah comel.Contohnya sukan-sukan yang ekstrem.
 
Bayangkan nanti boleh pakai pakaian idaman anda.As long ia menutup aurat serta tak berlebihan.Dan paling penting tak susah dah nak cari size.Mungkin dulu seluar pun kena tempah.Tapi bila dah fit boleh beli terus.Jimat kos.
 
Cari video-video senaman yang bagi semangat.Dan buat dengan konsisten.
 
Cari sumber inspirasi macam ahli sukan yang fit ke.
 
Tetapkan targe.Buat buku catatan untuk track aktiviti anda.
 
Jadi jangan biarkan seribu satu alasan mengongkong anda.Sampai bila nbak berada pada tahap lama.Bangunlah.Hidup ini perlu diwarna-warnikan dengan cabaran dan impian.Baru menarik.Banyak kebaikan jangka masa panjang akan menanti.Haa lagi satu kalau nak lagi semangat buatlah blog untuk encourage orang lain.Nanti secara automatik kita pon semangat sekali.Macam apa yang saya tengah buat sekarang.
 
Akhir kata jangan GIVE UP.Bangun bangun !!! Kalau orang lain boleh kita pasti boleh. :D
 
 

Sabtu, 25 Mei 2013

EAT CLEAN (makan secara sihat)

Assalammualaikum.Semoga para pembaca semuanya sihat-sihat belaka.Amin.Jom renung-renung balik apa yang kita dah makan hari ni?Cukup tak atau terlebih cukup.Haaa selain muhasabah pada apa kebaikan dan keburukan kita buat,muhasabah apa yang kita makan pun penting tau.Sebab analoginya kalau badan kita tak sihat nanti nak buat apa pun susah.Kita dah diberi amanah untuk menjaga kesihatan badan kita.Jadi kena lah buat betul-betul.Nanti bila nak pulangkan pun dalam keadaan suci dalam dan luar.InsyaAllah.

Okelah berkenaan tajuk artikel kali ni iaitu EAT CLEAN.Atau kalau kita terjemah balik makan secara sihat.Sekarang ni ramai orang nak kurus.Disebabkan gaya hidup yang metropolitan ini ramai yang menternak lemak dengan giatnya dan menghasilkan obesiti.Termasuklah saya.Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar penghidap obesiti yang tinggi.Apa nak buat makanan kat sini semuanya rock rock belake.Tapi semua itu di tangan kita.Kita yang pilih apa kita nak makan.Kita adalah apa yang kita makan.
 
 
 
 
 
Kesedaran untuk kuruskan badan itu bagus.Tapi apa yang tak bagusnya adalah nak sangat jalan singkat.Memanglah tak ada.Bukan sembarangan ubat yang kita boleh ambil.Mungkin sesetengah ubat tu berkesan.Berkesan buat kita berak banyak-banyak.Apa yang hilang air aje lah.Lepas berapa ketika kembali seperti asal lagi teruk sistem pencernaan kita akan terjejas.Jadi apa yang penting sebelum kita memulakan sesuatu ialah ILMU.Sangat penting.Kita perlu buat rujukan dari sumber yang solid sebelum memulakan sesuatu.Jadi bagi saya pinggirkan dahulu niat anda untuk kurus tu.Tapi utamakanlah GAYA HIDUP SIHAT.Kerana kalau kita amalkan HEALTHY LIFE STYLE ni segala KURUS , CERGAS , BERGAYA itu akan datang sebagai bonus.PERCAYALAH.

Kita dapat tenaga melalui makanan.Jadi makanan adalah sangat penting.Jadi untuk sihat makanan mesti sihat jugak.So inilah yang dinamakan EAT CLEAN.Macam mana nak buat? Sangat simple.Boleh google saja cara-cara dia.Sebenarnya makan secara sihat ni lebih sedap dan berbaloi.Kalau makan benda tak sihat akan timbulkan rasa bersalah dan berat pon naik.Tak salah kalau sekali sekala nak makan.Cuma kuantiti nya kenalah kontrol.Buat apa nak makan banyak-banyak rasa dia sama aja.Jadi apa yang boleh anda muat nikmatilah makanan anda dengan deria rasa yang dikurniakan.Jangan main telan aje.InsyaAllah dengan cara ini kita akan kurang makan dan bersyukur dengan apa yang ada.

KAT SINI SAYA SENARAIKAN CARA NAK EAT CLEAN
 
Makan hidangan yang berwarna warni
 
Minum banyak air (25kg berat = 1 liter air putih)
 
Lebihkan sayur-sayuran (Elakkan yang digoreng)
 
Makan buah-buahan (Ambil sebelum makan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum)
 
Makan protein yang sihat (Dengan kadar yang sesuai)
 
Makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang
 
Kalau ikut sunnah NABI penuhi perut dengan 3 bahagian.1/3=air 1/3=makanan 1/3=udara
 
Kunyah makanan sampai betul-betul lumat
 
Makan jangan laju-laju
 
Lepas makan jalan-jalan sikit (bantu penghadaman)
 
Kurangkan pengambilan makanan pada waktu malam
 
 



Kalau nak tahu lebih boleh saja gugel hehe.Sebenarnya konsep dia mudah sahaja.Makin banyak kita makan makin banyak kerja yang kita kena buat.Kalau makan banyak aktiviti dia sikit segala kalori yang lebih di akan di deposit jadi lemak lah.Jadi kalau anda aktif makanlah dengan kadar yang sesuai.Anda boleh rujuk kadar kalori tiap-tiap makanan.Terdapat juga panduan bagaimana mahu menggunakan kalori yang ada berdasarkan aktiviti dan masa.Jadi tak susah sebenarnya nak EAT CLEAN ni.Antara mahu dan tak mahu sahaja.
 
 
 
Jom lah sama-sama kita EAT CLEAN.Selain dapat improve kesihatan kita juga dapat meningkatkan produktiviti kita nanti.Jangan lupa bersenam.Sebab senaman itu adalah pelengkap gaya hidup sihat.Mulakan dan jangan tunggu-tunggu.Menurut kajian kalau kita amalkan sesuatu selama 30 hari berturut-turut insyaAllah ia akan terus menjadi gaya hidup kita.Jadi kesabaran dan kesungguhan itu amat penting. :)
 
 

Ahad, 19 Mei 2013

HERBALIFE : LAPORAN #1

Assalammualaikum.Hari ini saya mahu buat laporan setelah sebulan menggunakan HERBALIFE.Wahhh berpeluh-peluh sebab baru siap work out.Gahahaha laporan ini bakal menjadi kurang prefix sebabnya saya mendapat bekalan HERBALIFE dari kawan ibu saya kat sekolah.So saya tak mendapat latihan coach sepenuhnya.TAPI.Bagi anda yang nak consume HERBALIFE ni WAJIBBBB dapat latihan coach tau.Saya membuat rujukan di blog-blog ngan pesanan dari ibu saya.
 
Nak dipendekkan story saya.Saya tidak menimbang masa mula-mula consume dulu.Baru je beli penimbang.Anda WAJIBB menimbang tau seawal pengambilan bersama coach anda.Oke laa saya assume berat saya masa mula-mula tu lebih kurang 80 kg ++.Sebabnya kali terakhir saya timbang masa hujung tahun form 5.Haa teruk tak.Sebab saya takut naa timbang.Sekarang saya dah 19 tahu.So dah dalam setahun lebih berlalu.Masa tu berat dalam 75 kg.Jadi rasanya dalam setahun hidup yang tak bergaya tu berlalu mestilah banyak berat yang naik weeehaaa.
 
HOW MUCH??
 
Apabila saya menimbang baru-baru ini berat saya adalah jeng jeng jeng 72 kg.Alhamdulillah patulaa seluar semua rasa longgar.Berat tu adalah masa pagi-pagi sesudah subuh waktu perut kosong.Masa petang dia akan naik dalam 500 gram atau 1 kg sebab saya minum banyak air.Jadi kalau nak timbang timbang laa waktu perut kosong ekkk.Saya anggarkan jumlah penurunan dalam sebulan ni dalam 8 kg camtu laa.Jadi jom laa jadi sihat sama-sama.
 
Abaikan corak stokin
 
 
SEDIKIT PEMERHATIAN

Apa yang saya amati.Penurunan berat saya jadi kurang efektif bila saya kurang minum air.Ingat tau kalau nak berjaya kena minum banyak air.Setiap 25kg berat kita bersamaan 1 liter air yang kena minum.Sepatutnya lebih.Saya perhatikan kadar penurunan increase bila saya minum banyak air.Jadi kesimpulannya minum laa banyak air sebab dia membantu membakar kalori yang ada.Dan lagi bagus kalau kita minum tea mix.Lagi cepat kalori dibakar dan lagi bertenaga.

Ingat yaa minum air masak...lagi best tambah teamix

 
TIPS

Oke tips yang pertama dari saya.Kalau nak penurunan berat badan lebih efektif.Lakukanlah senaman.Kalau anda malas nak keluar rumah.Sekarang semua dah kat hujung jari. YOUTUBE.Anda boleh buat ZUMBA atau banyak lagi video work out yang best.Bagi saya lebih suka senaman yang maskulin sedikit hehhe.Saya lebih suka kickboxing sebab nampak macam awesome.Dan Alhamdulillah ia berkesan.Senaman ini bukan lah membakar kalori semata-mata.Tapi proses untuk membina otot.Disamping kurangkan lemak kita harus tambahkan otot agar badan kita lebih cantik.ewahhh.Haa so apa lagi jom kita senaman.InsyaAllah semuanya akan lebih mudah.

Ingat yee diet tu bukan x makan tapi makan secara SIHAT.Dan pedulikan apa pon orang2 yang negative

Khamis, 16 Mei 2013

Chenab nak sihat :D

Assalammualaikum.Blog ini adalah coretan perjalanan saya dalam meniti hidup yang lebih sihat.Yup saya seorang yang mengalami berat badan berlebihan.Dan benda ni dah start sejak saya darjah-darjah dulu lagi.Sampai laa dah habis sekolah.Yippie.Hemm Alhamdulillah saya jarang dibahan-bahan oleh kawan-kawan.Mungkin sebab masa sekolah rendah depa takut dengan ayah saya seorang cikgu yang garang walaupun ayah saya tak pernah laa ambik port pasai saya kat sekolah tu.Mungkinlah.Kat sekolah menengah tak jadi kes tu.Mak abah saya pon tak pernah nak kata-kata saya ni bambam ke apa ke.Maybe sebab itulah saya tak rasa rendah diri sangat masa tu.Terima kasih buat semua.Cuma ye lahh bila balik kampung mana laa nak boleh senyapkan mulut yang berbicara.Dah pulak lama tak jumpa.Macam-macam laa mak sedar mula kata.Biar laa kesah plakk.
 
MACAM MANA SAYA BOLEH GEMUKS NI??
 
 
 
Oke saya nak story macam mana lah boleh jadi bambam ni.Pertama sekali sejak saya kecil saya adalah pencinta makan.Walaupun masih darjah-darjah saya makan banyak sangat.Sampaikan kadang-kadang parents saya risau.Dan mak saya kadang-kadang membeliakkan mata tapi cuma seketika.Dah tu pulak saya ni dah macam anak tunggal kat rumah sebab abang masuk hostel.Dah tu tetiap minggu kalau keluar mesti KFC ataupun MEKDI yang menjadi kesukaan.Maka tumbesaran saya amatlah luar biasa bagi yang masih darjah-darjah.Tumbesaran menjadi montel.MUAHAHAHHA.Kat sekolah pulak selalu balik lambat ye lahh mak cikgu kadang-kadang ada mesyuarat.Jadi kami anak-anak cikgu ni berpeleseran disekeliling sekolah menerjah jajan yang dijual.Paling best ada pakcik jual kentang yang kaya dengan sodium dan pak aji naik moto yang lazat menjilat jari.Kadang-kadang dua bungkus saya redah.SEDAP.Tak tambah lagi sosej,wantan,nugget,aiskrim,keropok macam-macam lagi la.Maka di saat kawan-kawan masih memakai baju KIKO mahupun KIKI LALA saya dah kena cari baju orang dewasa saiz L lagi kadang-kadang XL.
 
 
 
Tpi setelah melangkah ke sekolah menengah saya berjaya masuk ke sebuah asrama penuh yang tak berapa penuh.Hahaha awal-awal tu ye lah orentasi laa katakan berat saya turun mendadak.Ditambah ekstrak tak lalu makan ditambah dengan petang-petang wajib riadah maka semua orang terkezut dengan extreme make over saya.Di sekolah saya yang unik itu tiga bulan sebelum hari sukanb bermula latihan dah giat dijalankan bagaikan peserta olimpik.Semua pun wajib.Mana tak kurus.Tiga bulan tu keje lari dan kawad.Dah laa junior lagi maka banyak laa operasi yang kena buat.Haaa sapa yang duduk hostel paham laa kot.Masa tu hati berbunga-bunga dah boleh pakai baju slim-slim.Muahahaha.Tapi sayang saya hanya mampu bertahan sehingga saya form 3.Setelah melangkah ke alam senior bermulalah era gemuk sebenar saya.Era yang merimaskan.Ye la dah jadi senior secara tak lansung tahap kemalasan sampai ke tahap maksimum.Banyak tugas yang renek-renek tu adek2 yang buat(kat hostel memang mcm ni).Dah boleh pakai mesin basuh dah jarang dah zaman menyental-nyental baju.HEAVEN.Petang-petang tak turun riadah.Dah hepi dengan makanan DEWAN MAKAN.Stress belajar rasa nak makan je tambah waktu rehat nasi menggunung lauk melimpah.
 
ME
 
 
Gaya hidup yang tak bergaya tu saya teruskan sampailah masuk ASASI dekat PALAM.Hahaha kat situ lagilah nak order apa semua pon ada.Tambah pulak bebas mahu kemana-mana.Nak makan apa MEKDI,KEPCI,CARLS JR,PIZZA,TGI,KENNY ROGERS,BIG APPLE,KRISPY CREME,AUNTIE ANNE?? Semua ada.Dah laa suka keluar makan maka berat aku pon berbondon-bondon naik.Dah kalah makcik JOYAH.ehh.Malah saya sudah menerima kenyataan yang saya bambam dan merasa istimewa.kreekk krekk.Saya tak sedar mungkin lemak-lemak comel ini bakal menjadi penyumbang wabak-wabak comel juga. 0___0
 
 
 
 
 
KONKLUSI
 
Okay secara kesimpulannya saya gemok hanya disebabkan GAYA HIDUP.Yaaa life style.Gaya yang sangat tidak bergaya lantas mengundang bahaya.Itulah dia puncanya.Makan ikut sedap rasa.Eksesais sekali tak kala.Diulit dengan makanan yang lazat.Maka OBESITI yang terjadi.Jadi hanya disebabkan gaya hidup ia membawa impak yang dahsyat. 0__________________________0
 
BILA MULA INSAF??
 
Saya ni kalau makan main telan jee.Kunyahnya sikit masuknya banyak.Saya mula rasa pedih ulu hati selalu cirit.Cepat penat lesu dan tak bersemangat.Saya mula menGUGEL segala simptom ini.Yaaa lebihan berat badan yang menyebabkan saya jadi begini.Saya mula memeikirkan konsikuen kalau saya meneruskan cara makan saya mungkin berat saya akan berganda-ganda.Tak sihat susah nak kerja dan susah nak beribadah.Saya mula insaf sedetik.Memikirkan keburukan makanan segera yang hanya akan memakan diri saya semula.Dan dikala itu ada rakan-rakan yang mengenalkan HERBALIFE.Dan mulai detik itulah bermulanya keazaman saya untuk menjadi lebih sihat.Alhamdulillah dengan HERBALIFE perjalanan saya menjadi semakin mudah.Saya tak perlu fikir nak dapat darimana makanan berkhasiat sebab HERBALIFE dah ada semua.Saya hanya perlu jaga makan,senaman dan air secukupnya.Saya bertekad yang saya mahu berubah walaupun sedikit tapi masih belum terlambat.
 
 
 
 
 
MOTIPPP
 
Saya bukan lah mahu berdiet.TETAPI saya mahu mengubah cara hidup saya.Ternyata saya tahu DIET melampau itu tidak akan membawa hasil yang baik.Maka yang penting adalah gaya hidup sihat.Saya bukanlah mahu badan yang kurus menawan tetapi saya mendambakan KESIHATAN yang unggul agal saya dapat menjadi lebi produktif.Dan segala kekurusan itu adalah BONUS :D
 
 
 
Jadi sekarang saya masih dalam fasa berusaha.Saya berharap ALLAH akan mempermudahkan usaha saya.Moga-moga lebih ramai akan sedar akan kepentingan kesihatan.Insya Allah :D